Adalah benar ramai orang buat duit dan menjalani hidup yang selesa melalui bisnes internet ataupun blogging.Laman web atau blog boleh mengisahkan tentang apa saja yang kita bayangkan.Ada blogger yang menulis tentang kehidupan sehariannya dan berjaya mendatangkan ramai pelawat ke blog mereka.Ada pula yang menulis tentang tema tertentu contohnya bisnes internet,nasihat atau panduan tentang kewangan malahahan ada yang menulis tentang tips-tips membuat blog.Blogger ini buat duit daripada iklan yang ditempatkan tempat yang strategik pada laman web mereka.Ini termasuklah iklan google,pautan pada affiliate Amazon dan lain-lain lagi.Jadi mengikut pakar bisnes internet ada beberapa panduan yang perlu diikuti.

Pertama kita mesti mewujudkan sebuah blog yang popular dan mempunyai pelawat yang ramai.Mungkin pada permulaan kita tidak perlu meletakkan sebarang iklan tapi kita boleh berbuat demikian bila pelawat laman web kita semakin ramai.Kita boleh terlebih dahulu memulakan blog pada laman web yang mempunyai alatan atau tool membuat blog secara percuma.Ada terdapat beberapa laman web yang menyediakan kemudahan sedemikian.Tentukan apakah topik yang kita pilih ,buat rekabentuk web dan mulakan aktiviti blogging.Adalah pendapat yang kurang tepat ,menulis setiap hari untuk mendapatkan trafik.Apa yang perlu diutamakan adalah kualiti berbanding dengan kuantiti.Kita perlu membuat posting bila kita rasa seronok berbuat demikian.

Bila ramai pelawat datang ke laman web kita ,adalah sesuai untuk meletakkan beberapa iklan.Jika kita terus meletakkan iklan pada awal -awal lagi,pelawat akan fikir kita hanya fokus pada duit.Jadi kita perlu membuktikan kita bukan buat web semata-mata untuk mendapatkan duit.Bila tiba masanya barulah kita fokus pada iklan-iklan tertentu.Kita boleh menggunakan pautan pada affiliate kita.

Perkara yang tidak kurang penting bila memulakan aktiviti blogging ialah membina rangkaian dengan blog-blog lain.Ini bermaksud kita perlu membaca isi-isi pada blog lain.Wujudkan hubungan dengan penulis laman web lain,buat komen pada artikel mereka.Bila kita menulis sesuatu yang menarik mereka boleh membuat pautan ke blog kita.Kita boleh mendapat sedikit pelawat daripada blog mereka.

Apa yang dicatat di atas merupakan asas memulakan blog yang berjaya di internet.Bila kita perlu mengetahui tentang masalah teknikal secara detail ,adalah baik kita merujuk pakar-pakar bisnes internet.Adalah penting kita tidak memikir banyak tentang buat duit apa yang perlu jadikan blogging sebagai hobi.Mungkin kita akan bernasib baik.

Sumber:

http://tipsinternetbisnes.com/tips/?p=797

About gregorygavin

Laki-laki kelahiran tahun 1995, januari 5. bercita-cita menjadi pekerja sukses, bisa bermain gitar walau tidak jago.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s